Thursday, March 13, 2014

PROGRAM PPDa TAHUN 2014

Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2014 telah dirasmikan oleh En. Zulkifle bin Abdullah, PK Pentadbiran SMKPH. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga SMKPH berkaitan kesan penyalahgunaan dadah dan cara untuk menjauhkan diri daripada terjebak di dalam kancah penyalahgunaan dadah selain dapat meningkatkan kefahaman tentang HIV/AIDS dan bahayanya jangkitan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak AJK yang terlibat seperti ceramah pengurusan diri dan penjagaan diri, pertandingan melukis poster, kuiz  dan banyak lagi. Segala aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu bermula  12 Mac - 4 April 2014. Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat membuka minda warga SMKPH agar menjauhi dadah dan kegiatan yang boleh dijangkiti HIV.




Kata-kata Aluan Penyelaras PPDa

GPK Pentadbiran membaca Perutusan KPM dan melancarkan Program

Memotong Riben Gimik Pelancaran PPDa






Gimik Pelancaran





Deklamasi Sajak 


No comments:

Post a Comment