Pengenalan

LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan adalah sekolah menengah gred A yang terletak di luar bandar. Sekolah satu sesi ini mempunyai murid seramai 599 orang. Majorit pelajar ini datang dari kampung tradisional sekitar Mukim Lepar, Mukim Salong, dan perkampungan Orang Asli. Mereka tinggal berhampiran dengan sekolah dan jarak yang paling jauh adalah dalam lingkungan 35 km. Para penjaga murid bekerja sebagai anggota kerajaan (20%), Kakitangan Swasta (30%), Ladang (20%), Bekerja sendiri (20%) dan pesara (10%).  

OBJEKTIF SEKOLAH
o        Berusaha mempertingkatkan prestasi kurikulum murid dari segi kualiti dan kuantiti.  
Menanam sikap cinta dan menghargai sekolah dan alam sekitarnya
o  Membentuk budaya belajar sepanjang hayat kepada murid
o     Membina murid yang tahu mengurus diri sendiri
o        Melahirkan murid yang positif, maju diri, berdisiplin, bersopan santun, mempunyai keyakinan diri dan sanggup menghadapi cabaran, sihat dari segi mental dan fizikal, tahu menghormati ibubapa, guru, rakan sejawat dan masyarakat.

Sejarah Penubuhan Sekolah
Sekolah ini dibuka pada awal Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Paloh Hinai dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Paloh Hinai dan belajar di sebelah petang. Seramai 27 orang didaftarkan ke tingkatan satu sebagai pelajar perintis dengan En. Abu Hashim Bin Mohd Yusuf sebagai pengetua pertama. Sekolah ini berpindah ke tapak sekarang pada tahun 1972. Bangunan awal terdiri daripada 4 blok bangunan sekolah dan 2 blok bangunan asrama.
Pada tahun 1984, bangunan asrama putera telah siap dibina secara berasingan yang boleh menampung seramai 250 penghuni Dalam bulan Mei 1991, sebuah bangunan tambahan mengandungi 8 bilik darjah telah siap dibina dan digunakan. Pada tahun 1992, sebuah surau telah berjaya dibina untuk menampung seramai 500 jemaah pada satu-satu masa. Pada tahun 1993, padang permainan sekolah telah diratakan melalui pembiayaan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Pada tahun 1994, beberapa kemudahan telah dipertingkatkan. Antaranya memasang penghawa dingin dan menambah bilik bagi GPK Pentadbiran, GPK HEM, Penyelia Petang serta Bilik Cetak. Awal tahun 1997, Dewan Makan Asrama telah dinaik taraf dengan membina dinding meliputi dewan. Pada april 1997, astaka telah siap dibina dengan bantuan PIBG selaras dengan Kejohanan Olahraga Sekolah pada tahun tersebut. Pada tahun 1997 juga, sebuah bilik gerakan dan Makmal Komputer (ubahsuai) telah siap dibina.
Pada tahun 2007, sekolah mendapat peruntukan bangunan baru iaitu satu blok kuarters guru dan bangunan setinggi 4 tingkat ini mempunyai kemudahan 6 bilik darjah, 2 bilik sukan, 2 makmal komputer, 1 makmal kimia, 1 makmal biologi dan 1 bilik kokurikulum. Faktor-faktor terbinanya bangunan ini adalah kerana pekembangan pendidikan terkini yang memerlukan makmal komputer dan makmal sains. Pada penghujung tahun 2007, banjir besar telah melanda dan mengakibatkan pembinaan bangunan tertangguh dan hanya siap dan boleh digunakan pada tahun awal 2011.                
              
  MOTO SEKOLAH 
Berilmu untuk Berbakti
                                          
  LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai
Gedung ilmu penyinar cita luhur
Di bawah bimbingan guru-guru cemerlang
Mendidik penuh kasih dan sayang
Bergeraklah menuju wawasan negara
Jadi insan peribadi mulia
Berbudi bahasa membina satu bangsa
Cemerlang gemiliang terbilang

**Kami berjanji, kami berikrar
Mematuhi sumpah taat setia
Rukun agama, rukun negara
Jadi panduan sepanjang masa
Berilmu, beramal, berbakti  (2 X)

Lagu & Lirik: Mohd Nor Bin Salleh


KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai dilengkapi dengan kemudahan bagunan seperti berikut:
·      1 blok bangunan empat tingkat
·      4 blok bangunan dua tingkat
·      1 blok bangunan satu tingkat
·      Sebuah bangunan kantin
·      12 unit kuarters guru
·      4 blok asrama






  SENARAI NAMA PENGETUA SMKPH


BIL
NAMA PENGETUA
TAHUN BERKHIDMAT
1
EN. ABU HASHIM B. MOHD YUSUF
JAN 1965 – DIS 1972
2
EN. ABDULLAH BIN MUDA
JAN 1973 – DIS 1973
3
EN. WAN MUHAMAD BIN WAN ABDULLAH
JAN 1974 – DIS 1978
4
EN. OSMAN BIN BUSU
JUN 1979 – JUL 1983
5
EN. ABDULLAH SANI B. ABDUL GHANI
OGOS 1983 – JUN 1984
6
EN. ABAS BIN AWANG
SEP 1985 – MAC 1986
7
EN. ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH
APR 1986 – OKT 1988
8
TN. HJ JUSOH BIN HASSAN
OKT 1988 – NOV 1992
9
PN. SHAMSIAH BT SURADIN
NOV 1992 – NOV 1994
10
PN. AMINAH BT. ABOO BAKAR
APR 1995 – NOV 1995
11
PN. SALIYAH BT. HJ AHMAD
JUN 1996 – FEB 1998
12
TN. HJ. MUHAMMAD BIN YUNUS
MEI 1998 – OKT 2000
13
PN. HJH NORMAH BT. ABU BAKAR
JAN 2001 – JUN 2003
14
TN. HJ. A. HAMID BIN UMAR
JAN 2004 – SEP 2006
15
TN. HJ. ROSLAN BIN ABDULLAH
OKT 2006 – APR 2011
16
EN. MOHD YUNUS BIN MAHIL
JUN 2011 – SEP 2011
17
EN. SUHAIMI BIN HUSSAIN
OKT 2011 - KINI