PELANCARAN OLEH PENOLONG KANAN HEM
Monday, March 31, 2014
Friday, March 21, 2014
KEPUTUSAN SPM 2013
Tahniah
kepada pelajar-pelajar SPM 2013 yang berjaya meningkat dan melonjakkan prestasi
sekolah ke arah yang membanggakan. Sekalung penghargaan kepada semua warga
SMKPH .
Pengumuman Keputusan oleh GPK Pentadbiran
Keputusan Pelajar Terbaik disampaikan oleh Mantan YDP PIBG
Pelajar Terbaik
Pelajar Orang asli yang berjaya bersama guru
Guru-guru bersedia menyerahkan keputusan SPM
Saturday, March 15, 2014
MAJLIS PERSARAAN PN HJH NORMASTURA
Satu majlis persaraan Pn Hajjah Normastura binti Malik, PAP, SMKPH telah diadakan pada 14 Mac 2014.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah ini kepada beliau di atas sumbangan beliau terhadap sekolah sepanjang perkhidmatan beliau.
Beliau telah berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama 32 tahun dan mula bersara pada Mac 2014. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau. Semoga beliau dan keluarga berada dalam keadaan bahagia dan sejahtera hendaknya.
Penyampaian Cenderahati oleh Pengetua
PK kokurikulum menyampaikan cenderahati
daripada Kelab Keluarga SMKPH
Wakil Ketua Bidang
Bergambar Bersama Barisan Pentadbir
Bersama Guru
Salam Terakhir Bersama Pelajar
Mengiringi ke Majlis Jamuan Perpisahan
Majlis Memotong kek
Jamuan Perpisahan
Thursday, March 13, 2014
PROGRAM PPDa TAHUN 2014
Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2014 telah dirasmikan oleh En. Zulkifle bin Abdullah, PK Pentadbiran SMKPH. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga SMKPH berkaitan kesan penyalahgunaan dadah dan cara untuk menjauhkan diri daripada terjebak di dalam kancah penyalahgunaan dadah selain dapat meningkatkan kefahaman tentang HIV/AIDS dan bahayanya jangkitan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak AJK yang terlibat seperti ceramah pengurusan diri dan penjagaan diri, pertandingan melukis poster, kuiz dan banyak lagi. Segala aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu bermula 12 Mac - 4 April 2014. Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat membuka minda warga SMKPH agar menjauhi dadah dan kegiatan yang boleh dijangkiti HIV.
Kata-kata Aluan Penyelaras PPDa
GPK Pentadbiran membaca Perutusan KPM dan melancarkan Program
Memotong Riben Gimik Pelancaran PPDa

Gimik Pelancaran

Deklamasi Sajak
Tuesday, March 11, 2014
Friday, March 7, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)